Monday, November 29, 2010

DASAR TEORI ATOM


TEORI DAN STRUKTUR ELEKTRONI ATOM
Pengenalan
Model abad ke19 mengenai atom tidak dapat menjelaskan kestabilan molekul; daya yang memegang atom bersama.
Atom dan molekul tidak mengikuti hukum fisik bagi objek yang besar (Hukum Newton).
Pada 1900, Max Planck mengamati atom dan molekul memancarkan tenaga dalam kuantiti diskrit (tertentu) yang dinamakan kuantum; tenaga yang dipancarkan oleh atom tidak selar; ini merupakan asas teori kuantum.
Sifat Gelombang
Gelombang ialah gangguan getar yang memancarkan tenaga.
Gelombang dicirikan oleh
- Panjang gelombang, λ (lamda), jarak antara dua titik yang serupa.
- Frekuensi,ν (nu), bilangan gelombang yang melalui satu titik tertentu dalam satu saat.
- Amplitud, jarak tegak dari garis pertengahan gelombang ke maksimum atau minimum.
laju gelombang dengan persamaan; u = λν
Sinaran Elektromagnet
Ialah pancaran dan hantaran tenaga dalam bentuk gelombang elektromagnet.
Sesuai teori Maxwell, gelombang elektromagnet mempunyai komponen medan elektrik dan medan magnet.
Teori Kuantum Planck
Amoun tenaga sinaran yang dipancarkan oleh sesuatu objek pada suhu tertentu bergantung pada panjang gelombang (pancaran sinar).
Planck mendapati atom dan molekul memancarkan tenaga dalam kuantiti diskrit (tertentu) yang dinamakan kuantum.
Kuantum ialah kuantiti tenaga terkecil yang boleh dipancarkan (atau diserap) dalam bentuk sinaran elektromagnet.
Tenaga E dengan persamaan E= hν h ialah tetapan, 6.63 x 10-34 J s, ν ialah frekuensi sinaran

Kesan Fotoelektrik
Satu fenomena di mana elektron dilentingkan dari permukaan logam tertentu kepada cahaya dengan frekuensi minimum (frekuensi limit).
Einstein menjelaskan alur cahaya adalah satu aliran butiran yang dinamakan foton.
Tenaga foton ialah E = hν
Emin = Tenaga penambat elektron (EB)
Untuk memberikan tenaga kinetik (EK) kepada elektron, tenaga foton harus melebehi Emin.
hν = EK + EB atau EK = hν - EB
Dengan itu, foton yang lebih tinggi tenaganya (frekuensi lebih tinggi) menghasilkan elektron dengan EK tinggi.
Cahaya dengan pancaran yang tinggi akan membebaskan lebih banyak elektron.
Cahaya dengan frekuensi yang tinggi akan menghasilkan elektron yang mempunyai tenaga kinetik tinggi.
untuk mendapatkan tulisan yang lengkap/sumber utama dapat kontak ke = aungsumbono@gmail.com

No comments:

Post a Comment